Monday, December 2, 2013

Keburukkan sukan yg ober sgt sampai tak ingat dunia......

aku ni bukan anti sukan.... Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukan  memang boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Namun begitu terdapat juga beberapa keburukan atau mudarat yang menimpa ahli sukan terutamanya dalam bidang sukan yang agresif atau lasak. Sesetengah aktiviti sukan boleh dianggap mencabar, berbahaya serta berisiko tinggi. Lantaran itu, pelbagai kesan buruk akan timbul akibat bergiat dalam bidang sukan. Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar tentang kecederaan dan kemalangan yang menimpa para atlet sama ada di dalam mahupun di luar negeri. Saya berpendapat masalah ini seharusnya tidak dipandang ringan oleh semua pihak sekiranya kita ingin melihat bidang sukan terus diminati ramai.
Kita sedar bahawa sesetengah acara sukan amat berbahaya dan mengancam nyawa. Hal ini terbukti apabila para atlet mengalami kecederaan yang serius selepas sesuatu pertandingan. Keadaan ini jelas kelihatan dalam sukan tinju dan gusti. Walaupun sukan ini dapat meningkatkan daya tahan para peninju dan ahli gusti, namun mereka menghadapi risiko yang tinggi untuk mendapat kecederaan akibat terkena tumbukan dan pukulan daripada pihak lawan. Kecederaan yang didapati mungkin menyebabkan mereka cacat seumur hidup. Nasib malang seperti ini telah menimpa seorang bekas juara tinju dunia yang terkenal pada suatu ketika dahulu iaitu Mohamed Ali. Penyakit yang dideritainya sekarang adalah akibat kecederaan pada otaknya kerana terlalu kerap menerima tumbukan. Menurut perangkaan yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara, ahli sukan yang yang terlibat dengan jenis sukan seperti tinju, gusti, karate, tae-kwon-do, dan ski,  mempunyai 80 peratus kemungkinan untuk mendapat kecederaan yang parah. Kemalangan yang berlaku mungkin akan mengakibatkan kecederaan yang teruk dan kekal atau sekali gus membawa maut walaupun mereka mengambil langkah-langkah keselamatan dengan memakai jeket keselamatan, topi tahan hentakan, dan sebagainya.
 
Walaupun mereka akan menerima ganjaran yang lumayan hasil penglibatan mereka dalam bidang ini, ganjaran tersebut masih tidak setimpal dengan kecacatan yang harus mereka tanggung seumur hidup mereka. Para peminat sukan tentu masih ingat lagi nama Arton Senna, pelumba kereta ‘formula one’ dari Brazil yang telah menemui ajal di litar perlumbaan akibat terbabas dan berlanggar dengan kereta lumba yang lain. Arton Senna hanyalah seorang daripada beratus-ratus ahli sukan yang telah menjadi mangsa akibat menyertai bidang sukan yang berisiko tinggi. Selain beliau, kita juga pernah mendegar kemalangan yang meragut nyawa pelumba ‘go-cart’ di Kuala Lumpur beberapa tahun dahulu, begitu juga dengan seorang pelumba motobot laju, pelumba motosikal, dan banyak lagi. Jelaslah bahawa sukan juga mempunyai implikasi yang buruk terutamanya bagi jenis sukan yang agresif. Pada hemat saya sampailah ketikanya peminat sukan menilai semula jenis-jenis sukan yang tidak patut diteruskan demi mengurangkan kemalangan yang tidak diingini.
Di samping itu, aktiviti sukan yang lain seperti payung terjun, lumba motobot, dan menunggang kuda juga boleh membawa akibat yang sama. Setiap ahli sukan berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup menggadai nyawa untuk mencapai kemenangan dan kemasyhuran. Kemalangan memang sesuatu yang berlaku tanpa diduga dan tidak dapat dielakkan. Terdapat peserta perlumbaan ini yang mengakhiri kemelut pertarungan mereka di dalam kereta ambulans. Sukan payung terjun merupakan jenis sukan yang berisiko tinggi. Kemungkinan besar terjunan yang dijangka menarik perhatian ramai bertukar menjadi satu tragedi yang menyedihkan. Ahli-ahli sukan sanggup menggadaikan nyawa demi nama dan wang ringgit. Sukan seperti bola sepak, hoki, gimnastik, dan ragbi boleh berakhir dengan kecelakaan dan kemalangan. Mokhtar dahari yang menjadi pemain lagenda negara akhirnya mengidap penyakit misteri sehingga membawa maut. Ahli sukan yang menyertai acara berkayak melawan arus jeram pula menggadai nyawa mereka ketika menentang arus yang deras itu umpama ‘telur di hujung tanduk’ kerana mereka mungkin ditenggelami arus itu bila-bila masa sahaja. Hakikatnya, sukan memang membawa keburukan kepada ahli sukan sendiri.
 
 
 
Di samping pernyataan di atas, sukan juga menyebabkan permusuhan. Lazimnya orang mengatakan sukan mengeratkan persahabatan. Namun pernyataan itu tidak dapat diterima lagi pada hari ini. Hal ini demikian kerana sukan juga boleh membawa permusuhan, pergaduhan , dan perkelahian. Biasanya pihak yang menang  dalam sesuatu pertandingan akan dipuja manakala pihak yang kalah akan dikritik. Keadaan ini akhirnya menimbulkan perasaan dendam dan pergaduhan mungkin tidak dapat dielakkan kerana masing-masing ingin melepaskan kemarahan. Keadaan akan menjadi lebih buruk lagi apabila penonton atau penyokong turut serta dalam persengkitaan yang berlaku. Hal ini boleh mencetuskan satu rusuhan yang besar. Peristiwa pergaduhan seperti ini telah beberapa kali kita lihat dipaparkan melalui media massa seperti yang sering terjadi di negara-negara barat malah di negara kita juga kita pernah melihat pengadil bola sepak dipukul kerana penyokong tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil tersebut. Walaupun terdapat pasukan keselamatan mengawal keadaan pada sepanjang perlawanan, namun jumlah penonton yang terlalu banyak itu menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Semua ini berpunca daripada sukan.
Satu lagi gejala buruk yang timbul akibat sukan ialah perjudian.  Ketika sesuatu pertandingan sukan diadakan di gelanggang sukan, perjudian pula berlaku di luar gelanggang. Masing-masing akan bertaruh wang ringgit untuk menentukan pihak yang bakal menjadi pemenang. Bukan sekadar itu sahaja, terdapat pihak yang merasuah dan mengatur  perlawanan yang dilangsungkan. Para pemain menjadi boneka sindiket perjudian. Terdapat `bookie’ yang sanggup membayar beribu-ribu ringgit jika pemain sanggup mengikut telunjuk mereka. Hal ini jelas terbukti apabila terdapat berita tentang pemain-pemain bola sepak yang didakwa di mahkamah kerana menerima rasuah. Ada pemain yang digantung  permainan mereka, dan ada juga yang dibuang daerah. Hakikatnya, kerana sukan mereka menjadi tamak dan sanggup membiarkan diri mereka diperalat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Keadaan seperti ini telah mencemarkan nama baik dan tujuan asal sukan tersebut diadakan.
Selain itu, isu pengambilan dadah oleh para atlit sukan untuk menguatkan otot juga merupakan satu tindakan yang melanggar undang-undang. Ahli-ahli sukan ini sanggup menggunakan dadah yang mengandungi bahan steroid demi wang ringgit dan kemasyhuran. Ahli-ahli sukan yang terkenal seperti Ben Johnson merupakan bekas ahli sukan yang pernah disingkirkan dari arena sukan akibat penggunaan dadah steroid; begitu juga dengan atlet tempatan iaitu Azmi Ibrahim. Oleh sebab terlalu ghairah untuk mendapat sanjungan peminat, atlet kadang-kadang sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan cita-cita mereka tercapai walaupun tindakan mereka itu melanggar peraturan dan undang-undang.
Walaupun kegiatan sukan banyak menimbulkan implikasi yang buruk, namun kebaikannya tetap mengatasi keburukan. Terpulanglah kepada ahli sukan dan masyarakat sama ada hendak menjadikan sukan sebagai sesuatu yang baik atau sebaliknya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa sukan itu sendiri sebenarnya bersih dan murni namun kemurniannya itu dicemari oleh ahli sukan dan peminat sukan itu sendiri. Segala sesuatu yang baik di dunia ini, jika disalahgunakan tentu akan menimbulkan perkara yang buruk. Perlu juga kita ingat pepatah yang mengatakan , ‘Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan’.
Sekian. 

Friday, September 2, 2011

Perlu ker nak cari kawan perlu sekufu/setaraf????

aku ni ada banyak lar kawan, dari sekolah sk kebun sireh, smk dr burhanuddin, sekolah agama larut tin taiping (yer aku sekolah agama dulu..heheheh...) ker kolej pembantu perubatan alor star, ker hospital putrajaya, dan ke tempat keja sekarang, tak termasuk kawan2 facebook, friendster, dan mayspace (yang ni ramai member arab dan mat saleh..huhuh...) dan dari ramai2 ni pernah terfikir katak kira berapa ramai, yang back stabber, kawan yang suka ngumpat, kawan yang hanya untuk bersuka ria, kawan dunia akhirat, kawan yang baik di depan tapi kat belakang macam haram jadah (ooopsss...huhuhu), kawan yang jahat kat depan rumanaya punyalar bik sebenarnyer?????

aku juga pernah bersembang ngan member aku, dia pernah berkata kita ni kalu nak berkawan perlu cari yang setaraf atau pun sekufu, sooo.. kalu macam tu maksudnya kalu akuni artist aku kena cari member2 artist ler, kalu aku ni jutawan cari jutawan lar, ceng gitu??

hellllllooooo......!!!!

hishhh ader ker camtu??? Fantang toknenek aku kalu orang cakap camtu... ko ingat ko bagus????
kalu camtu akuni kerja sebagai penolong pegawai perubatan, takboleh lar aku berkawan ngan doctor, PPK, cleaner ... tak boleh ler???

betapa sempitnyer minda anda... luaskan skop kepala anda tu.... kalu nak menilai kawan bukan dari segi taraf/pangkat, kita ni sama jer disisi Allah, melainkan amalan kita...itu yang Allah tgk...

kawan sajer ngan sapa2 pun tak kira lar dia miskin ker, darjat tinggi ker, asalkan kita tahu dia ikhlas nak kawan ngan kita dan tak pernah nak tikam belakang kita, dan tolong kita semasa kita susah dgn ikhlas dan tidak mengungkit-ungkit...jangan sesekali menilai sahabat dari segi pangkat atau darjat...kita ni sama jer di sisi Tuhan..





Sunday, August 14, 2011

BONUUSssssssss

huh... arini aku pi kerja awal gile... masuk kerja kul 8am, tapi aku bertolak dari rumah kul 6.10am... pas solat subuh terus bertolak.... bukan nyer aper... sejak bulan Ramadahn ni jem kat KL ni menjadi-jadi.... Habis duit kat minyak jer.... huhuhu....So ari ni sampai kat tempat kerja kul 6.30am... (awal tuuu... lagi 1.5 jam nak start kerja) sementara tunggu nak masuk kerja aku lepak2 dulu lar dalam kereta tu... sambil tu aku bukak ler maybank2u mobile.... aik??? ader duit lebih.... WAAAAAAA...... Bonus dah masuk...heheehehe....Alhamdulillah.... tambah rejeki....amin....

TAPIiiiiiiiiiii..... naper pulak macam kurang jer dari sepatutnya... janji bonus 1/2 gaji??? ni dah kurang hampir RM100 nih...mula lah nak naik hangin dan sentap pagi-pagi buta nih... mula lah menanya orang tu orang ni...
Memang tak puas hati......

so bukak FB tanya member2 dari sepital lain... diorang pun kata kurang... hurm....
TAPIIiiiiiii (tapi lagi ni....hehehhe..) diorang kata duit bonus tu kena potong KWSP 11% . tapi dalam hati ni tak puas hati jugak... mula lah capai calculator dan mengira ngan member aku (huh dah rasa macam Ahli Akauntant Negara masa tu)....
Hasilnya??? Memaag betul lah Bonus kena potong 11% KWSP...huhuhuhu

Sia-sia jer aku sentap dan hangin pagi2 nih...huhuhu.....
Pengajaran:- Siasat dulu baru nak hangin2..huhuhuhu

at last kata kat diri sendiri... Alhamdulillah.....syukur....Amin

so jom kita layan lagu raya ni.......hehhehhe


malasss....

aku ni memang ader problem ngan iron baju....malas tul nak iron ... walhal 2 helai jer untuk esok pi kerja.. aduhai.....ader sapa2 nak tlg gosok???? heheheh

camner lah mak2 kita dulu ek??? sebakul diaorang gosok... ok jer.... aku ni baru 2 helai dah berdukacita nestapa....huhuhu....

apa2 pun kita layan lagu nih...


I'm New....

Assalamualaikum.....jawab jgn tak jawab...heheheheh...

Tiba-tiba lak aku teringin nak berbloging lepas solat maghrib....(aper kess??? dapat hidayah selepas solat ker??? huhuhu....)
Ok sebagai pengenalan ....... Nama aku Mohd Suhaimi...Panggil jer Mie....(aku tau apa yang korang pikir sekarang.... Mee goreng kan?.....heheheh....) Umur, ermmmmm... dah tua kot aku lahir 16/Mei/1984, hari guru tuuu...senag nak ingat...so aper lagi tahun depan kasi ler hadiah...hahhahaha....asal dari Taiping, kerja kat salah sebuah Institusi kesihatan dekat KL...

Blog ni aku buat untuk suka-suka jer.... takder topic specific.... kalu aku rasa nak taip jer taip jerlah..heeeehhehehe.....kalu korang suka korang follow ek...ok thats all....

Assalamulaikum... Kalau tak jawab dosa, kalu jawab sayang..hehhehe...(pinjam ayat Vloger Maria Elina)